35

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

9 revisions
sirikaba at Sep 11, 2018 04:31 AM

35

Tuan budak muda bangsawan
Biarlah kakak ganti melawan
Aria ningsun emas tempawan
Janganlah tuan berhati rawan

Janganlah tuan berosak hati
Biarlah kakak dahulu mati
Biar dimurkai Seri Bupati
Kehendak tuan kakak turuti

Telah menengar cakap saudaranya
Makin bertambah keras hatinya
Malam inilah baik ketikanya
Kita pergi ke rumahnya

Gagak Rajasa pun tertawa memandang
Baiklah tuan kelak petang
Marilah tuan pada kekanda sekarang
Kakak teman pergi sekarang

Kerana tuan tiada biasa
Permainan perlente(1) Tandang Desa
Ilmu penjurit (perajurit) hina[?] bangsa
Terlalulah suka Jaran Tamasa

Jaran Tamasa suka tertawa
Muka yang pucat manis sumbawa[?]
Kakanda kita pergi berdua
Meninggal teman tidak dibawa

Berkata pula Gagak Rajasa
Tahukah tuan tempat Lamlam Arsa
Disahut oleh Jaran Tamasa
Tempat tidur tahulah rasa

Lamun ia pergi pada saudaranya
Pada pihak timur tempat tidurnya

35

Tuan budak muda bangsawan
Biarlah kakak ganti melawan
Aria ningsun emas tempawan
Janganlah tuan berhati rawan

Janganlah tuan berosak hati
Biarlah kakak dahulu mati
Biar dimurkai Seri Bupati
Kehendak tuan kakak turuti

Telah menengar cakap saudaranya
Makin bertambah keras hatinya
Malam inilah baik ketikanya
Kita pergi ke rumahnya

Gagak Rajasa pun tertawa memandang
Baiklah tuan kelak petang
Marilah tuan pada kekanda sekarang
Kakak teman pergi sekarang

Kerana tuan tiada biasa
Perjalanan [perhenti?] Tandang Desa
Ilmu penjurit (perajurit) hina[?] bangsa
Terlalulah suka Jaran Tamasa

Jaran Tamasa suka tertawa
Muka yang pucat manis [sumbawa? sembawa?]
Kakanda kita pergi berdua
Meninggal teman tidak dibawa

Berkata pula Gagak Rajasa
Tahukah tuan tempat Lamlam Aras?
Disahut oleh Jaran Tamasa
Tempat tidur tahulah rasa

Lamun ia pergi pada saudaranya
Pada pihak timur tempat tidurnya