12

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

7 revisions
sirikaba at Aug 25, 2018 05:37 PM

12

Dari mana datang emas tempawan
Sehari ini tiada kelihatan
Mengapakah pucat muka tuan
Seperti menaruh kepiluan

Jiwa yang manis pun duduk menyembah
Laku laksana bunga digubah
Beta nan datang dari rumah
Hendak mengadap tuan apalah

Makan sirih seraya berkata
Suatu pun tiada gundah dicita
Hilanglah ngilu kepala beta
Muka tiada mengadap Sang Nata

Berkata pula Baik Santika
Haruslah tuan tiada suka
Pucat utas[?] kulihat muka
Memberi belas di hati kekanda

Dipeluk saudaranya dengan kepiluan
Mengapa gerangan hatiku tuan
Terlalu sekali belas dan kasihan
Melihat adikku yang demikian

Janganlah jauh hati adinda
Sungguhpun tiada ayah dan bonda
Apakah kehendak di dalam dada
Tuan katakan kepada kekanda

Hatiku belas tiada terperi
Kerana belum tuan berumah sendiri
Sudahkah mahu tuan beristeri
Biarlah kekanda pinangkan beri

Disahut oleh Gagak Rajasa
Inilah beta silu rasa

12

Dari mana datang emas tempawan
Sehari ini tiada kelihatan
Mengapakah pucat muka tuan
Seperti menaruh kepiluan

Jiwa yang manis pun duduk menyembah
Laku laksana bunga digubah
Beta nan datang dari rumah
Hendak mengadap tuan apalah

Makan sirih seraya berkata
Suatu pun tiada gundah dicita
Hilanglah ngilu kepala beta
Muka tiada mengadap Sang Nata

Berkata pula Baik Santika
Haruslah tuan tiada suka
Pucat utas[?] kulihat muka
Memberi belas di hati kekanda

Dipeluk saudaranya dengan kepiluan
Mengapa gerangan hatiku tuan
Terlalu sekali belas dan kasihan
Melihat adikku yang demikian

Janganlah jauh hati adinda
Sungguhpun tiada ayah dan bonda
Apakah kehendak di dalam dada
Tuan katakan kepada kekanda

Hatiku belas tiada terperi
Kerana belum tuan berumah sendiri
Sudahkah mahu tuan beristeri
Biarlah kekanda pinangkan beri

Disahut oleh Gagak Rajasa
Inilah beta silu[?] rasa