8

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

6 revisions
sirikaba at Sep 04, 2018 12:58 AM

8

Hatinya berdebar tiada berketahuan
Ia menyembah dengan ketakutan
Seraya berkata perlahan-lahan
Tiada tahu yang demikian

Tuan ampun apalah dosa
Kerana beta tiada periksa
Sebab perangai Kiai Jaran Temasa
Beta kelak yang merasa

Katanya tadi permainan juga
Jadilah berani membawa tiga
Tiada sekali beta nan sangka
Yang demikian datang celaka

Lalu berkata Ken Sila Wati
Jangan diwakili demikian pekerti
Jika lagi engkau dapati
Nyawamu kelak merasai mati

Ken Tana Rangga pun berkata
Pada hambanya yang ada serta
Janganlah kamu memecahkan warta
Kalau kedengaran pada Gajah Seberata

Jadilah kelak huru-hara
Jika ditahunya akan saudara
Orang tahu sahaja perangai segala
Marahnya tiada dengan berbicara

Adapun akan Jaran Temasa
Tersandar dibawah pohon rajasa
Rambut yang ikal kusut basah
Menantikan penyuruh Ken Lamlam Arsa

Dinantinya datang tiada datang
Keluh kesah terlalulah bimbang

8

Hatinya berdebar tiada berketahuan
Ia menyembah dengan ketakutan
Seraya berkata perlahan-lahan
Tiada tahu yang demikian

Tuan ampun apalah dosa
Kerana beta tiada periksa
Sebab perangai Kiai Jaran Temasa
Beta kelak yang merasa

Katanya tadi permainan juga
Jadilah berani membawa tiga
Tiada sekali beta nan sangka
Yang demikian datang celaka

Lalu berkata Ken Sila Wati
Jangan diwakil[?] demikian pekerti
Jika lagi engkau dapati
Nyawamu kelak merasai mati

Ken Tana Rangga pun berkata
Pada hambanya yang ada serta
Janganlah kamu memecahkan warta
Kalau kedengaran pada Gajah Seberata

Jadilah kelak huru-hara
Jika ditahunya akan saudara
Orang tahu sahaja perangai segala
Marahnya tiada dengan berbicara

Adapun akan Jaran Temasa
Tersandar dibawah pohon rijasa
Rambut yang ikal kusut basah
Menantikan penyuruh Ken Lamlam Arsa

Dinantinya datang tiada datang
Keluh kesah terlalulah bimbang