| 7Di bubuh pula sama r-k-u-n
Layak dipakai anak teruna
Lemah lembut s-d-u-p-r-a-d-a-n
Seperti kalah cendera kirana
Paras seperti bidadari
Seperti intan dengan baiduri
Pada masa itu sukar di cari
Mengabiskan? manis seisi negeri
Elok paras gilang gemilang
Menganjar? hati segala yang memandang
Dimanakan lanang? tiadakan bimbang
Sedangkan perempuan kasih sayang
Kanunsilaut? itu pun baik juga
Paras seperti anak(nya?) tiga
Di anugarah Sang Nata akan ------
Berkasih kasihan keduanya suka
Ken Lamlam Arsa itu rupanya baik
Hendak di ambil ratu akan k-n-d-q
Kerana lakunya petah cerdik
Putih kuning kecil molek
Parasnya indah sukar dicari
Tiada berbanding didalam negeri
Kasih Sang Nata tiada terperi
Disuruh memangku puan permaisuri
Permaisuri sangat kasih akan dia
Diberi memakai pakaian yang mulia
Makin bertambah rupa bercahaya
Seperti bulan purnama raya
Manis seperti gula dirawa
Seperti anak Anakin Dewa | 7 |