Pages
1
Dengarkan kakawin Jaran Tamasa Tatkala berahi akan Ken Lamlam Arsa Siapa menengar khabar dewasa Sekaliannya belas di dalam rasa
Hikayatnya sedikit dikhabarkan reka Sekadar diubah sedikit juga Seperti ceteranya bukan direka Dijadikan syair oleh andika
Demikian mulanya: Pada zaman suatu
2
Negeri Majapahit kerajaan bertentu Besar kerajaan baginda itu Menaklukkan segala para ratu
Segala lurah tanah Jawa Sekalian di bawah titahnya jua Tiap-tiap tahun ufti dibawa Beribu laksa menteri penggawa
Tambahan pula menteri hulubalang Terlalu berani tiada membilang
3
Rakyatnya berketi tiada terbilang Negerinya ramai tiada kepalang
Daripada adil murah ratu pesari Sangat mengasih dagang dan santeri Tambahan menteri penggawa sendiri Nentiasa diperjamu sehari-hari
Daripada adil ratu pesari Tiadalah sukar dagang mencahari Tambahan rakyat seisi negeri Suka ramai tiada terperi Bersuka-sukaan tiap-tiap masa Dengan bininya senaentiasa Daripada ratu baik perkasa Seorang tiada merasa seksa
Terlalu makmur seisi negeri Berjual beli dengan dagang santeri Terlalulah suka dagang mencahari Tiada berputusan pergi mari
Daripada baginda baik pekerti Masing-masing hendak berbuat bakti Ada seorang menteri seri bupati Bernama Arya Sena Pati
Menteri beranak tiga orang Laki-laki ketiganya paras gemilang Ketiganya diambil baginda kandung Kerana ibu bapanya sudah hilang
Yang tuha bernama Baik Santika [?] Putih kuning warna cempaka Panjang nipis manis muka Serba permainan pandai belaka
4
Terlalulah kasih seri bupati Olehnya pandai menyukakan hati Pergi bermain tiada berhenti Sangatlah ia berbuat bakti
Yang tengah bernama Gagak Rajasa [?] Besar panjang lakunya sasa Sikap berani gagah perkasa Bangat lakunya tiada bersahaja
Terlalu sekali perangainya garang Berani sangat tiada kepalang Jika ia hendak membunuh orang Tiada siapa dapat melarang Sikapnya seperti gajah menta [=meta] Sekaliannya takut memandang mata Tambahan dikasih oleh Sang Nata Barang lakunya dibenar semata
Semuanya orang takutkan dia Kerana Sang Nata sangat bermulia Makin bertambah lakunya raya Tiada sekali takutkan bahaya
Jika ia hendak berbini Diambilnya dengan gagah berani Seorang tak dapat menahani Barang kehendaknya dilayani
Tiada sekali ia berumpama [?] Barang lakunya tiada saksama Tiada sekali takutkan papa kerma Laku perangainya seperti Sang Bima
Yang bongsu bernama Jaran Tamasa Siapa memandang kalah [?] rasa
5
Terlalu sekali baik rupanya Sedap manis barang lakunya Tiada siapa ada taranya Pada masa itu tiada samanya
Sungguhpun ia anak penggawa Tiada berbanding di Tanah Jawa Mashyur laku ke tanah Sumbawa Tiada ada bandingan dua
Paras seperti tulisan peta Sedap manis jangan di kata Terlalu sangat kasih Sang Nata Diberi memakai tiadalah leta
Manis seperti dewa dan indera Kelakuan seperti para putera Sangat dimanjakan Seri Betara Sedikit tiada beri cedera
Cantik manis barang kelakuan Seperti indera dalam keinderaan Terlalu kasih ratu bangsawan Disuruh baginda memangku puan
Sikap seperti indera akan terbang Mengabis manis mata memandang Elok paras gilang gemilang Sekalian memandang kasih dan sayang
Jika raja sedang remaja putera Seperti anak betara Indera Seorang pun tiada banding setara Manis seperti madu sagara
Ekor matanya sepertikan tiris Seperti sagara madu kandis