15
Facsimile
Transcription
Jika tiada ku peroleh seperti kehendakku
tiadakan hidup kepada rasaku.
Jika ku boleh pun kehendak hatiku
Sahajakan akan memati nyawa badanku.
Kerana orang yang aku berahi
Umpama bunga di dalam duri.
Jika bawalah pun lukalah lagi
Apatah daya aku nan lagi
Sudahlah untung yang demikian
Inilah rupanya jalan kemudian
Kehendak dibuat sudah sekian
Dimana dapatku salahkan.”
Mengeluh mengucap tiada berketahuan
[dihiburnya?] mengidung perlahan-lahan
Asmara Netaka [?} nama kidungan
Suaranya manis memberi rawan
Merdu seperti bunga kembang
[Merangu? miring?] kuntum yang belum kembang
Kidungan diselang dengan menembang
Makin bertambah rasanya bimbang
Kata Renjaka: “Mengapakah tuan
Seperti orang igau-igauan
Seperti laku mabuk cendawan
Tiada pe[r]nah demikian kelakuan.
Jika tuan ngilu kepala
mengapa tuan mengidung pula?
Memberi sebal di hati kawula
Tiada seperti sedia kala.
Apa juga sebabnya tuan
Keluh kesah tiada berketahuan?
Notes and Questions
Please sign in to write a note for this page