5
Facsimile
Transcription
Terlalu sekali baik rupanya
Sedap manis barang lakunya
Tiada siapa ada taranya
Pada masa itu tiada samanya
Sungguhpun ia anak penggawa
Tiada berbanding di Tanah Jawa
Mashyur laku ke tanah Sumbawa
Tiada ada bandingan dua
Paras seperti tulisan peta
Sedap manis jangan di kata
Terlalu sangat kasih Sang Nata
Diberi memakai tiadalah leta
Manis seperti dewa dan indera
Kelakuan seperti para putera
Sangat dimanjakan Seri Betara
Sedikit tiada beri cedera
Cantik manis barang kelakuan
Seperti indera dalam keinderaan
Terlalu kasih ratu bangsawan
Disuruh baginda memangku puan
Sikap seperti indera akan terbang
Mengabis manis mata memandang
Elok paras gilang gemilang
Sekalian memandang kasih dan sayang
Jika raja sedang remaja putera
Seperti anak betara Indera
Seorang pun tiada banding setara
Manis seperti madu sagara
Ekor matanya sepertikan tiris
Seperti sagara madu kandis
Notes and Questions
Please sign in to write a note for this page