3
Facsimile
Transcription
Rakyatnya berketi tiada terbilang
Negerinya ramai tiada kepalang
Daripada adil murah ratu pesari
Sangat mengasih dagang dan santeri
Tambahan menteri penggawa sendiri
Nentiasa diperjamu sehari-hari
Daripada adil ratu pesari
Tiadalah sukar dagang mencahari
Tambahan rakyat seisi negeri
Suka ramai tiada terperi
Bersuka-sukaan tiap-tiap masa
Dengan bininya senaentiasa
Daripada ratu baik perkasa
Seorang tiada merasa seksa
Terlalu makmur seisi negeri
Berjual beli dengan dagang santeri
Terlalulah suka dagang mencahari
Tiada berputusan pergi mari
Daripada baginda baik pekerti
Masing-masing hendak berbuat bakti
Ada seorang menteri seri bupati
Bernama Arya Sena Pati
Menteri beranak tiga orang
Laki-laki ketiganya paras gemilang
Ketiganya diambil baginda kandung
Kerana ibu bapanya sudah hilang
Yang tuha bernama Baik Santika [?]
Putih kuning warna cempaka
Panjang nipis manis muka
Serba permainan pandai belaka
Notes and Questions
Please sign in to write a note for this page
This is the normal page layour for syair. So I've switched to normal stanzas in the transliteration.
Now it starts getting harder!
NB I'm not transliterating the catch-words at the bottom of the page, here "terlalu kasih." These words are the first words of the following page, so that the pages could be kept in the right order when the sheets were unbound.